Telur Restrant
Bahan-bahan :
- 2 biji telur ( utk sekali goreng)
- 1/2 biji bawang merah ( dihiris)
- Garam
- Ajinomoto ( jika perlu)
Cara-cara menggoreng :
- Pecahkan dua biji telur ke dalam mangkuk bersaiz sederhana.
- Kemudian, campurkan bahan-bahan di atas, iaitu 1/2 bawang merah yang telah dihiris, secubit garam dan secubit ajinomoto (jika perlu).
- Setelah mencampurkan kesemua bahan-bahan diatas, gaulkan menggunakan pemukul telur sehingga berbuih.
- Sementara itu, panaskan minyak di atas dapur gas panas ( guna minyak yang sedikit banyak & api yang sedikit besar)
- Akhir sekali, masukkan bahan yang telah dipukul ke dalam kuali yang telah dipanaskan.
- Hidangkan telur yang siap dimasak diatas pinggan dengan senyuman.
- Selamat menjamu selera dan selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment